Pages

Bahayanya Keylogger



Apa itu keylogger? Keylogger ialah satu program yang dicipta untuk merekodkan setiap apa yang kita type. Semua maklumat anda, termasuklah email dan password yang anda type tersebut akan disimpan dan dihantar kepada orang ketiga (hacker). Gambar di bawah menunjukkan macam mana keylogger berfungsi.


Keylogger ini dapat dipasang dengan dua kaedah, iaitu melalui hardware yang dipasang dan software yang terdapat dalam PC anda. Sekali kena keylogger, menyesal tak sudah. Bayangkan anda gunakan PC yang telah dipasang keylogger untuk membuat online bank-in, hmmm melepas pulak. Hari ini, Zul nak tunjukkan macam mana nak detect dan buang keylogger yang telah diinstall dalam PC anda.


1. Buka Task Manager anda kemudian tekan Process.


2. Cari process yang anda nampak agak meragukan. PC Zul semua safe, sebab Zul sentiasa pantau dengan apa yang ada dalam tab Process ini. Pilih mana-mana proses yang anda ragui. Tekan Right-Click dan tekan Open File Location.


3. Sekarang, anda dibawa ke satu folder. Jika dalam folder tersebut agak meragukan, maka dengan segera Select All dan Delete kesemua file dalam folder tersebut. Selepas itu, buka Recycle Bin dan Emptykan.  Untuk keselamatan, install Antivirus seperti AVG bagi memantau segala keylogger ini daripada bersarang dalam PC anda.

Jikalau bermanfaat, silalah share artikel ini kepada rakan anda.







Mohd Zul Haziq

Seorang budak belasan tahun yang gemar akan teknologi!

No comments:

Post a Comment